Assalamua’laikum dan Salam Ramadhan Al-Mubarak.
Terima kasih kerana sudi melawat blog saya dan saya harap entri kali ini dapat membuka minda anda untuk berfikir. Entri kali ini agak panjang sikit tapi rugi kalau tak membacanya. Ikutinya di bawah.
Peluang Membina Kehidupan Yang Lebih Cemerlang.
Ramai orang menganggap mencari wang untuk disimpan atau dilaburkan sebagai satu masalah besar. Tetapi kita sepatutnya melihat masalah ini sebagai satu peluang, bukannya sebagai satu halangan. Peluang ini datang dalam tiga bentuk :
1. Mengamalkan tabiat berjimat cermat
2. Mengurangkan perbelanjaan
3. Menambah pendapatan
Bagi orang- orang yang bermotoivasi, objektif-objektif ini mudah dicapai tanpa mengira had umur, kemahiran dan kelayakannya. Mari kita kaji satu persatu :
1. Mengamalkan tabiat berjimat cermat
Satu perkara yang amat sukar dilakukan pada mulanya tapi menjadi tabiat baik dengan mudah ialah dengan menyimpan sebahagian daripada pendapatan anda bila sahaja anda menerimanya. Disiplin ini baik kerana ia tidak memberi peluang untuk andamemboroskannya bila anda mendapatnya.
Sebaiknya wang itu dimasukkan ke dalam akaun yang tidak mudah dikeluarkan. Wang ini sepatutnya disimpan untuk dilaburkan, dan tidak wajar jika ia digunakan untuk perbelanjaan anda sehari-hari walaupun dalam keadaan terdesak.
Mungkin anda tidak setuju dengan cara ini kerana biasanya perbelanjaan anda melebihi perolehan anda, tetapi anda dinasihatkan agar melakukannya sekarang!
Mungkin anda juga bertanya berapa banyakkah jumlah wang yang perlu disimpan.
Sebaiknya dan dicadangkan agar anda mula menyimpan sekurang-kurangnya 10
peratus daripada pendapatan yang anda perolehi. Dalam tempoh yang sekejap, jumlah simpanan wang anda akan menjadi banyak dan ini akan lebih memberi semangat untuk anda menyimpan dengan jumlah yang lebih banyak
lagi.
2. Mengurangkan perbelanjaan
Kita selalunya membelanjakan wang untuk banyak perkara. Ada di antaranya memang perbelanjaan perlu seperti sewa rumah dan membeli makanan serta membayar bil-bil dan juga membeli pakaian. Banyak juga diantaranya adalah tidak benar-benar perlu tetapi kita libatkan juga seperti perbelanjaan berkaitan kereta, barang hiasan rumah dan ada juga di antaranya belanja untuk keperluan mewah yang sama sekali tidak diperlukanatau digunakan dan sebenarnya kita boleh ketepikan perkara tersebut.
Rahsia mengurangkan perbelanjaan ialah dengan cara menilai semula keseluruhan
perbelanjaan dan memotong perbelanjaan yang tidak diperlukan, dan yang boleh
dielakkan tanpa menjejaskan mutu hidup anda. Bukan tidak boleh melancong atau
makan di luar, tetapi ada baiknya masa yang ada itu digunakan untuk merancang
kewangan anda.
Terdapat juga perbelanjaan yang tersembunyi, contohnya anda boleh menjimatkan
penggunaan gula dan mengurangkan merokok. Dengan cara ini sebenarnya tanpa anda sedari bahawa anda boleh menjimatkan beribu-ribu ringgit setahun. Antara perkara yang boleh dijimatkan perbelanjaannya ialah seperti berikut :
Rumah Sewa
Pindah ke rumah yang harga sewanya lebih murah, atau berkongsi menyewa
atau membeli rumah sendiri kerana ianya lebih menguntungkan untuk jangka masa
panjang.
Kad kredit
Bayarlah secepat mungkin untuk mengelakkan bertimbunnya bunga. Atau yang
lebih baik, tidak memilikinya jika tidak ada keperluan yang mendesak.
Kelengkapan Rumah
Gas, eletrik, minyak atau bahan api patut digunakan dengan jimat. Ringkaskan
perbualan telefon anda, dan anda juga boleh membuat panggilan pada waktu malam
kecuali untuk kecemasan. Panggilan pada waktu malam atau diluar puncak adalah
menjimatkan kerana kosnya lebih murah.
Makanan
Membeli banyak sekaligus adalah lebih murah. Beli dari pasar minggu atau
pasaraya borong. Kurangkan makan yang berlemak yang biasanya lebih mahal.
Sebaliknya makanlah makanan yang berkhasiat tetapi lebih murah. Jika di tempat kerja anda mempunyai kantin, bolehlah makan di kantin dan kurangkan makan di luar. Begitu juga minuman, jika anda kerap membeli mineral water lebih baik anda membeli penapis air. Membeli pati jus adalah lebih murah berbanding daripada air yang siap dibancuh.
Pakaian
Membeli baju yang berkualiti dan tahan lama adalah lebih baik dari terlalu kerap
membeli baju yang murah tetapi mudah rosak.
Kereta
Jika jarang menggunakannya tidak payah membelinya. Jika selalu
menggunakannya, belilah model yang ekonomik. Servis dan baiki sendiri apa-apa yang mudah. Basuh sendiri kereta anda. Selalulah mengetahui harga membaiki kereta dan harga komponennya.
Percutian
Amalkan pergi bercuti di tempat yang dekat dan lebih murah perbelanjaannya.
Diatas adalah contoh pengorbanan kecil yang dapat membantu dan menjimatkan
banyak wang anda. Ia tidak akan menjejaskan kualiti hidup anda pada masa sekarang tetapi memberi banyak faedah untuk kemewahan pada masa hadapan.
3. Menambahkan Pendapatan
Selari dengan usaha berjimat, anda patut menambahkan pendapatan. Usaha
menambah pendapatan nampak sukar tetapi jika anda mahu mencuba ianya tidaklah
sesukar mana.
Tugas pertama bila anda mahu mencari sumber untuk meningkatkan pendapatan ialah mengenalpasti dengan tepat apakah yang anda suka buat dan anda boleh melakukan perkara tersebut dengan baik.
Setiap orang mempuinyai kebolehan, biasanya mereka ada satu atau dua kebolehan
utama atau lebih lagi dan beberapa (bakat) kecil. Kebolehan menzahirkan bakat ini
penting untuk memperolehi kegembiraan dan kebahagiaan anda.
Jika anda mampu menzahirkannya dalam persekitaran perniagaan, sudah tentu ia bolehmendatangkan keuntungan yang sangat lumayan. Banyak contoh yang boleh diberikan. Contohnya jika anda bagus menggunakan tangan, cuba anda fikirkan membuat kerja sambilan dengan membaiki sesuatu.
Anda juga boleh melakukan kerja plumbing atau berkenaan paip, jam, radio atau
komputer. Sekiranya anda minat berkebun, cuba manfaatkan hobi ini dengan
menawarkan khidmat kepada orang lain, seperti membuat landskap, menjual
sayur-sayuran kepada orang lain, buah-buahan, benih dan sebagainya juga boleh
mendatangkan keuntungan yang lumayan.
Sekiranya anda suka bercakap dan berjumpa orang ramai, anda mungkin boleh menjual sesuatu. Anda boleh melibatkan diri dalam jualan langsung, atau mangajar, atau menjual insuran. Apa sahaja minat atau kemahiran, jika anda mahir anda boleh
mengajarnya kepada orang lain, sama ada secara bebas atau secara formal.
Jika anda tidak minat untuk menjadi usahawan, anda boleh bekerja tambahan di
organisasi yang berkaitan dengan hobi dan minat anda. Untuk berjaya memang sangat penting jika anda membuat sesuatu yang anda suka. Jika tidak, sudah tentu sukar untuk mendapat hasil yang baik, kerana biasanya selepas seharian bekerja kita akan merasa penat dan letih. Jika selepas itu terpaksa pula membuat sesuatu kerja tambahan yang tidak disukai, sudah tentu kerja tersebut tidak dapat dilakukan dengan baik dan tidak akan bertahan lama, walau berapa bagus pun motifnya.
Anda hanya akan berjaya pada kerja-kerja yang anda suka, di mana ia menggunakan bakat semulajadi anda dan membolehkan anda menyalurkan ke arah yang menguntungkan. Ramai orang yang berfikir hanya sebahagian industri atau sektor sahaja yang menguntungkan, sebenarnya anda boleh berjaya walau dalam apa sahaja bidang. Ini boleh dibuktikan oleh jutawan-jutawan yang telah mengalaminya.
Jika anda mempunyai masalah untuk mendapatkan idea atau peluang lebih baik
mencari dua rakan dan duduk bersama, ambil kertas kosong dan catitkan semua idea yang difikirkan. Tidak kira walau bagaimana pun idea itu.
Jangan dikritik semua idea yang diberi, selepas itu barulah idea itu ditapis dan dikaji
serta dianalisis sehingga satu penyelesaian dapat diwujudkan. Tidak kira berapa lama pun masa yang anda ambil, mungkin satu atau dua hari, seminggu dua atau sebulan dua, asalkan sahaja ianya tidak diperam begitu sahaja. Ini biasa berlaku, kerana bila kita ada idea tetapi tidak membuat sebarang tindakan akhirnya selepas bertahun-tahun kita tetap berada di takuk lama.
Yang malang pula ialah apabila ada orang lain yang telah melaksanakan idea yang
pernah kita fikirkan dahulu. Anda juga boleh melakukannya seorang diri, cari tempat
sunyi atau anda bangun di awal pagi selepas solat subuh, anda janganlah tidur. Ia boleh dilakukan di hujung minggu atau hari cuti. Lupakan masalah seharian dan tenangkan fikiran, adalah lebih baik bagi anda untuk sembahyang tahajud di tengah malam. InsyaAllah anda mudah mendapat ilham dan membuka minda separuh sedar anda sebelum ini.
Hah, khusyu’ membaca sampai tak perasan yang dah nak habis entri kali ini. Anda haruslah berjimat cermat dan mengurangkan penggunaan wang sekiranya anda berminat untuk menjana pendapatan kerana satu usaha akan menguatkan usaha yang lain J .
Jika anda mempunyai sebarang komen, sila komen di bawah.
Entri seterusnya adalah Senarai Bisnes Yang Boleh Anda ‘Bisneskan’ . Jadi sentiasa follow blog saya.
Ps ; Terima kasih kerana sudi melawat blog saya. :)








3 comments:
menabung adalah cara terbaik..:)
Ya, menabung adalah cara PALING terbaik.
dan cara di atas yg saya terangkan tu adalah tanpa perlu keluarkan duit :)
Ikuti entri seterusnya, Senarai Bisnes Yang Boleh Anda ‘Bisneskan’ :)
Terima kasih kerana sudi membaca.
Post a Comment