Salam Ramadhan al-Mubarak.
Nampaknya kita semakin hampir dengan bulan Syawal, jadi perbanyakkanlah ibadah di bulan Ramadhan ini kerana mungkin kita sudah tidak akan sempat untuk Ramadhan seterusnya :)
Sejak akhir-akhir ini, sering orang singgah ke blog saya dengan mencari keyword "bisnes tanpa modal" , "duit percuma" dan segalanya.
Mungkin disebabkan dah nak raya, jadi orang bertungkus lumus nak cari duit untuk persediaan di hari raya.
Tetapi janganlah pula ada yang sanggup masuk skim cepat kaya, mlm dan seangkatan dengannya.
Kalau untuk masa sesingkat ini, tak dapatlah saya nak tolong anda cari duit yang banyak, tetapi mungkin anda boleh jadikan ini iktibar untuk mencari duit lebih awal untuk raya pada tahun akan datang.
Mungkin pada tahun depan anda boleh mula berniaga atau memulakan apa saja perniagaan lebih.
Entri kali ini saya akan terang sikit apa itu NeoBux, cara ia berjalan dan juga cara untuk join.
Sebelum tu, saya nak beritahu yang NeoBux ni adalah percuma 100% dan kalau untuk upgrade, perlulah bayar tapi kalau tak upgrade tetap boleh dapat wang, saya sendiri belum upgrade, cuma maintain yang percuma saja :)
PTC bermaksud Paid To Click / dibayar untuk klik.
Kita diupah untuk mengklik link yang akan disediakan nanti. Kerja yang amat mudah sekali. Cuma mengambil masa 5 minit sehari.
Setiap klik yang kita hasilkan akan dibayar sebanyan $0.01. Setiap hari untuk member yang percuma ada 4 ads/link, jadi sehari kita akan dapat $0.04.
Mungkin ada yang kata, alah sikit je pun dapat.
Bagi saya, berbaloilah dengan kerja yang teramat mudah tu :)
Dalam setahun kita akan dapat lebih kurang $15.00 namun itu boleh ditingkatkan lagi kalau kita dapat menaja orang untuk masuk di bawah kita.
Oke lah, setakat ini dulu. Nantikan cara untuk mendaftar dan cara membuat kerja mudah tersebut pada entri esok hari.
Anda boleh lihat lihat dulu websitenya di www.neobux.com
atau cuma klik banner di bawah
Ps ; Bookmark atau subscribe blog saya supaya tak ketinggalan dengan entri entri di sini :) [ Ctrl + D ] .








0 comments:
Post a Comment